One Nation Emcees FC ditubuhkan untuk memberi ruang kepada semua peminat-peminat O.N.E dan penyokong-penyokong industri muzik Malaysia untuk mendekatkan diri dengan penyanyi berkumpulan 'energetic', One Nation Emcees. Events and activities of ONE will be updated in here. That includes recent photos, videography, schedule of ONE and chatbox, run by ONEFC representatives. Thanks for all your support.
ONE NATION, ONE LOVE, ONE MALAYSIA

Monday, November 22, 2010

Majlis Pelancaran Pertama Air Asia X ke Seoul,South Korea- One Nation Emcees



KUMPULAN yang memperjuangkan genre muzik hip hop di Malaysia, One Nation Emcees adalah artis tempatan pertama yang akan membuat persembahan di Seoul, Korea Selatan pada November ini.
Kumpulan empat anak muda berbakat besar yang diangkat sebagai juara GangStarz musim kedua itu akan diterbangkan ke Seoul sempena majlis pelancaran penerbangan pertama Air Asia X ke Korea.

Kumpulan yang popular dengan lagu Raja Gelek ini dianggotai Shamimi Amalina Norhisham (Mimi), Mohd Norzaidi Edris (Zydee) dan Nur Hasan Baias (Jojoe), Sabhi Saddi (Boyce Sadhi). Selain One Nation Emcees, rombongan Air Asia X membabitkan seramai 50 delegasi VVIP syarikat penerbangan itu dan wakil dari Meja Berita Bernama, stesen TV3 dan RTM. Rombongan ini akan berlepas ke Seoul pada 1 November ini dan mereka akan berada di sana selama tiga hari sebelum kembali ke tanah air pada 4 November nanti.
Pembantu Khas kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Edd Razhe berkata, One Nation Emcees dipilih selepas perbincangannya dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman Rani sendiri. "Pihak kami sepakat memilih kumpulan yang dikatakan dipengaruhi muzik Black Eyed Peas ini kerana melihat mereka paling berpotensi, sekali gus memperkenalkan artis kita ke peringkat Asia.

"One Nation Emcees akan menyampaikan empat lagu iaitu dua lagu Melayu dan dua lagu Inggeris pada majlis yang yang berlangsung di hotel terkemuka di bandar Seoul pada 2 November," katanya. Edd yang pernah menjadi pengurus Feminin berkata, dia hanya bertemu dengan kumpulan One Nation Emcees hanya sekali iaitu ketika menghadiri majlis pelancaran Nona (TV3) sebelum ini.

"Saya terus diperkenalkan dengan anggota kumpulan One Nation Emcees oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan ketika itu
"Bagaimanapun, saya sudah kenal lama dengan pengurus kumpulan itu, Jai (Manager O.N.E), sejak zaman Feminin dan KRU lagi," katanya.

Lebih memberangsangkan, kata Edd, One Nation Emcees juga akan berkongsi pentas dengan kumpulan hip hop dan breakdance nombor satu di Korea, Sachoom yang dianggotai 10 jejaka tampan itu. "One Nation Emcees bukan saja mempunyai vokal yang hebat, malah aksi tarian yang mantap di pentas. Pastinya, gabungan mereka juga cukup mantap dengan Sachoom. "Sachoom dijangka akan membuat persembahan pembukaan di sana nanti. Majlis pelancaran Air Asia X di sana juga membabitkan kerjasama dengan Korea Tourism Board. Sachoom memang diundang khas dan ditaja oleh Korea Tourism Board untuk menjayakan persembahan ini," katanya.

Berkongsi pengalamannya bertemu dengan Sachoom, tambah Edd, kali pertama dia berjumpa dengan kumpulan itu ketika berada di Bangkok, Thailand sempena TTG Awards pada minggu lalu.

"Saya berada di Bangkok bersama Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Aziz Bakar untuk menerima anugerah bagi pihak AirAsia yang memenangi kategori Syarikat Penerbangan Tambang Murah Asia Terbaik buat kali ketiga berturut-turut.

"Dari situlah, saya berpeluang menyaksikan persembahan yang hebat Sachoom. Selepas persembahan kumpulan itu selesai, saya ke belakang pentas untuk berjumpa dengan pengurus mereka, sekali gus menawarkan mereka buat persembahan pada majlis pelancaran Air Asia X di Seoul. "Saya juga berpeluang berjumpa dengan ketua kumpulan itu yang turut memberikan saya baju kumpulan itu sebagai cenderahati sebagai kenangan.

"Seterusnya, pihak mereka terus menghubungi saya dan memberi persetujuan untuk membuat persembahan pada majlis pelancaran Air Asia X itu selepas kami kembali ke tanah air," katanya.
"Bagaimanapun, saya sudah kenal lama dengan pengurus kumpulan itu, Jai, sejak zaman Feminin dan KRU lagi," katanya.

http://www.hmetro.com.my/articles/OneNationEmceesgegarKorea/Article/

No comments:

Post a Comment